Monday, March 16, 2009

PEMBERITAHUAN

Terdapat kesulitan untuk memuat turun setiap dokumen dari http://www.2and2.net. (Server down, mungkin...) Namun begitu anda masih boleh mendapat setiap dokumen yang anda mahu daripada alamat http://kkg.reminiscentia.com.
Harap maklum.

PANDUAN PENULISAN RUJUKAN

Anda boleh memuat turun panduan untuk menulis rujukan pada pautan ini :

http://www.4shared.com/file/93174352/187c3011/KKG_2009_Panduan_Penulisan_Rujukan.html

Sila ikut format yang telah disediakan untuk membolehkan anda mendapat markah penuh untuk bahagian ini.

Tuesday, March 3, 2009

PAUTAN BARU

Anda boleh menggunakan alamat pautan berikut untuk memuat turun dokumen berkaitan kerja kursus anda.

http://kkg.reminiscentia.com

BORANG SOAL SELIDIK : 3C1 - 3C5

Pelajar 3C1 hingga 3C5 boleh memuat turun Borang Soal Selidik yang akan digunakan dalam Bab 6 DAPATAN KAJIAN (Mengenalpasti kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan kajian anda). Sila klik pautan berikut.
  • Pastikan anda menaip nama kawasan kajian anda sebelum borang ini dicetak.
  • Fotostat borang ini sebanyak 20 keping untuk dijawab oleh responden yang tinggal di kawasan kajian anda.
  • Soal selidik ini boleh dijalankan semasa cuti pertengahan semester nanti (14 - 22 Mac 2009).
  • Hasil soal selidik ini harus dilukis dalam bentuk persembahan grafik yang sesuai (graf/carta pai atau yang berkenaan).
  • Sila bawa kesemua borang soal selidik yang telah siap diisi oleh responden pada minggu pertama selepas sekolah dibuka semula.

Saturday, February 21, 2009

PETA DAERAH : IPOH

Pelajar 3C1 hingga 3C5 serta 3B1 hingga 3B5, anda semua boleh memuat turun Peta Daerah Ipoh untuk disertakan dalam kajian anda pada pautan berikut :

http://www.2and2.net/files/499ff52dedce7.doc

Kenalpastikan di mana kawasan kajian anda pada peta tersebut dan tandakan kawasan kajian anda dengan bulatan yang kemas menggunakan pensel.
Pastikan anda melorekkan bulatan tersebut dengan menggunakan pensel warna berwarna MERAH.
Taipkan nama kawasan anda pada tajuk peta tersebut.
Anda juga harus memenuhkan ruangan petunjuk di bawah peta dengan warna dan lorekan yang sama.

Thursday, February 19, 2009

CONTOH TAJUK KAJIAN YANG LENGKAP

Berikut ditunjukkan beberapa contoh tajuk kajian yang lengkap yang boleh dijadikan panduan.

Tema : Bentuk Muka Bumi dan Fungsinya.

Contoh Tajuk 1:

Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Pinggir Laut Pulau Hawaii di Negara Amerika Syarikat.

Contoh Tajuk 2:

Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Pinggir Laut Pulau Bali di Negara Indonesia.

Contoh Tajuk 3:

Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Pinggir Laut Pulau Phuket di Negara Thailand.

Contoh Tajuk 4:

Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Tanah Tinggi Alps di Negara Switzerland.

Contoh Tajuk 5:

Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Tanah Tinggi Everest di Negara Nepal.

Contoh Tajuk 6:

Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Tanah Tinggi Bandung di Negara Indonesia.

Contoh Tajuk 7:

Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Lembangan Sungai Chao Phraya di Negara Thailand.

Contoh Tajuk 8:

Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Lembangan Sungai Hwang He di Negara China.

Contoh Tajuk 9:

Contoh Tajuk 8:Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Lembangan Tasik Tonle Sap di Negara Cambodia.

Contoh Tajuk 10:

Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Padang Pasir di Gurun Thar di Sempadan Negara India dan Pakistan.

  • Anda bebas untuk memilih mana-mana bentuk muka bumi di negara luar sebagai bandingan.
  • Walaupun begitu, anda dinasihatkan untuk memilih kawasan bandingan yang maklumat tentangnya boleh didapati dengan banyak dari pelbagai sumber.