http://www.2and2.net/files/499ff52dedce7.doc
Kenalpastikan di mana kawasan kajian anda pada peta tersebut dan tandakan kawasan kajian anda dengan bulatan yang kemas menggunakan pensel.
Panduan Pelaksanaan & Rangka Kerja
Berikut ditunjukkan beberapa contoh tajuk kajian yang lengkap yang boleh dijadikan panduan.
Tema : Bentuk Muka Bumi dan Fungsinya.
Contoh Tajuk 1:
Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Pinggir Laut Pulau Hawaii di Negara Amerika Syarikat.
Contoh Tajuk 2:
Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Pinggir Laut Pulau Bali di Negara Indonesia.
Contoh Tajuk 3:
Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Pinggir Laut Pulau Phuket di Negara Thailand.
Contoh Tajuk 4:
Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Tanah Tinggi Alps di Negara Switzerland.
Contoh Tajuk 5:
Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Tanah Tinggi Everest di Negara Nepal.
Contoh Tajuk 6:
Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Tanah Tinggi Bandung di Negara Indonesia.
Contoh Tajuk 7:
Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Lembangan Sungai Chao Phraya di Negara Thailand.
Contoh Tajuk 8:
Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Lembangan Sungai Hwang He di Negara China.
Contoh Tajuk 9:
Contoh Tajuk 8:Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Lembangan Tasik Tonle Sap di Negara Cambodia.
Contoh Tajuk 10:
Bentuk Muka Bumi di Kawasan Bercham, Ipoh, Perak Malaysia dan Perbandingannya Dengan Kawasan Padang Pasir di Gurun Thar di Sempadan Negara India dan Pakistan.
Bagi pelajar 3B1 hingga 3B5, anda dicadangkan menggunakan objektif kajian berikut :
Bagi tujuan penyeragaman, muka hadapan bagi kerja kursus ini boleh dimuat turun (download) di pautan berikut.
Setelah dimuat turun, pastikan anda MENAIP butiran berkaitan tajuk dan butiran diri anda dengan tepat.
BAGI PELAJAR DARI KELAS 3C1 HINGGA 3C5, SILA KLIK PAUTAN BERIKUT :
http://www.2and2.net/files/49aa58aa4d5e6.doc
BAGI PELAJAR DARI KELAS 3B1 HINGGA 3B5, SILA KLIK PAUTAN BERIKUT :
Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Geografi.
Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Geografi dari bulan Februari hingga bulan Julai berpandukan senarai semak.
Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan. Kajian hendaklah dijalankan di tempat tinggal atau kawasan sekolah calon yang tidak melebihi 5 kilometer persegi.
Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mencapai tahap
Kod 1 : Cemerlang
Kod 2 : Kepujian
Kod 3 : Memuaskan
Kod 4 : Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum
Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta geografi.
Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu .
Fakta geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuk laporan dapatan kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 400 patah perkataan mengikut format yang ditetapkan.
Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer pada kertas saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. Penggunaan komputer/foto dalam kajian tidak akan mempengaruhi pemarkahan.
Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.
Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul.
Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.
Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek.
Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai .