Pelajar 3C1 hingga 3C5 boleh memuat turun Borang Soal Selidik yang akan digunakan dalam Bab 6 DAPATAN KAJIAN (Mengenalpasti kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan kajian anda). Sila klik pautan berikut.
Pastikan anda menaip nama kawasan kajian anda sebelum borang ini dicetak.
Fotostat borang ini sebanyak 20 keping untuk dijawab oleh responden yang tinggal di kawasan kajian anda.
Soal selidik ini boleh dijalankan semasa cuti pertengahan semester nanti (14 - 22 Mac 2009).
Hasil soal selidik ini harus dilukis dalam bentuk persembahan grafik yang sesuai (graf/carta pai atau yang berkenaan).
Sila bawa kesemua borang soal selidik yang telah siap diisi oleh responden pada minggu pertama selepas sekolah dibuka semula.